Langkau ke kandungan utama
NASAB .asia Simpan Warisan, Sambung Generasi.

Dasar PDPA 2010

Notis perlindungan data peribadi menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Dikemas Kini

Notis Perlindungan Data Peribadi

Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, notis ini memaklumkan bagaimana data peribadi anda diproses oleh Nasab Asia Sdn. Bhd.

Data yang diproses

Nama, alamat e-mel, nombor telefon, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, gambar dan maklumat keluarga yang anda rekodkan.

Tujuan pemprosesan

  • Menyediakan perkhidmatan sistem salasilah keluarga
  • Mengesahkan identiti dan mengawal akses
  • Menghantar notifikasi berkaitan keluarga anda
  • Menyelenggara log keselamatan dan audit

Pendedahan kepada pihak ketiga

Data peribadi anda tidak didedahkan kepada pihak ketiga kecuali dikehendaki oleh undang-undang, atau kepada penyedia infrastruktur yang terikat dengan perjanjian kerahsiaan.

Hak anda

Anda berhak meminta akses kepada data peribadi anda, meminta pembetulan, mengehadkan pemprosesan, dan menarik balik kebenaran. Permintaan boleh dihantar ke sokongan@nasab.asia.